Thursday, January 1, 2009

Happy New Year!!

The following will not be in English but is not intended to offend anyone who can not read non-english blogs.

Yea! Selamat tahun 2009! Karya hari ini adalah refleksi tahun yang telah berlalu dalam sekelip mata.

Tahun 2008 merupakan tahun yang baik dan gembira bagi sesetengah masyarakat, tetapi bagi yang lain tahun 2008 adalah tahun yang tidak akan dilupakan begitu sahaja. Keruntuhan ekonomi dunia, muka-muka baru dari segi politik terutamanya di Amerika Syarikat dan Australia, pembunuhan dan pengeboman serta kematian beberapa ahli sukan terkenal di Australia. Perkara yang berlaku di Malaysia saya tidak beberapa sedar, setelah meninggalkan tempat asal saya lapan tahun yang lalu. Dari situlah bermula kehidupan baru yang saya tidak dapat membayangkan pada masa itu.

Saya tidak dapat berhenti bersyukur kepada Tuhan untuk segala rahmat dan semua perkara yang berlaku pada tahun yang lepas. Tuhan telah membuka mata saya untuk menerima berkatnya yang tidak terhingga. Saya amat puas kerana tahun 2008 merupakan tahun untuk saya mendiamkan diri dan melihat segala yang berlaku di sekeliling. Seakan-akan memberi penglihatan baru untuk mereka yang buta.

Saya telah banyak mempelajari tentang perangai, kehidupan, dan pemikiran orang lain. Walapun dipandang rendah oleh sesetengah orang, saya tahu itu bukannya salah saya malah orang tersebut yang memerlukan bantuan kerana terdapat banyak isu yang belum diselesaikan dalam kehidupan mereka sendiri. Saya pun telah mendapat pengalaman yang tidak baik, di mana ada orang yang bercakap perkara yang tidak benar tentang saya dan ada orang yang iri hati (mereka sendiri mengakui perasaan ini dengan tidak sengaja) dan mengakibatkan saya sakit hati. Tetapi semua itu saya telah lupakan, saya telah membuat keputusan untuk menjadi orang yang tidak bersimpan dendam. Ini kerana tidak ada alasan untuk bersimpan kesalahan orang di dalam hati. Hanya membawa padah!

Dalam kedukaan yang saya alami, saya pun telah mengalami kegembiraan. Malah terlalu banyak sehingga satu perenggan tidak cukup untuk memuatkannya semua. Inilah senarainya, ingat, senarai ini bukan untuk mengangkat diri sendiri. Hanya contoh perkara gembira.
1. Abang berkahwin
2. Kawan paling rapat berkahwin - syabas, Shannon dan SuKong!!
3. Kawan mendapat bayi dan semua baik dan sihat
4. Dapat bercuti di Singapura, Malaysia dan Melbourne
5. Dapat bekerja di tempat perlindungan kucing sebagai sukarelawan
6. Mendapat pekerjaan dengan senang kerana Tuhan memberikannya
7. Telahpun melepaskan dosa yang lalu dan melupakan segala keburukan yang lampau
8. Menjadi penaja kepada seorang budak perempuan di Kenya
9. Sedar bahawa betapa pentingnya negara asal saya dan berterima kasih kepada Malaysia (ya, saya tahu, saya sangat patriotik....)
10. Mendapat pengetahuan baru terhadap banyak perkara.
Saya akan berhenti di sepuluh, kalau tidak senarai ini akan mengambil banyak masa anda!

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan saya keluarga yang baik yang sentiasa memberi kesorakan dan kesokongan kepada saya. Si anjing Java juga telahpun membawa kegembiraan yang menumpah kepada semua ahli keluarga. Sekarang beliau sedang tidur di premaidani dengan sebiji bola hijau di samping. Ah, comelnya anakku! hehe...

Tahu tak, kadang-kadang saya tidak tahu apa yang saya telah buat untuk menerima begitu banyak cinta Tuhan. Saya berasa seperti orang yang banyak berdosa dan tidak layak menerima berkatnya. Tetapi dalam hati saya tahu Tuhan tidak bersimpan dendam terhadap sesiapapun. Pada masa kita percayai Tuhan, semua dosa telahpun ditebuskan.

Saya berharap tahun 2009 adalah tahun yang baik untuk semua. Semoga semua orang memandang hadapan dan menunggu kebaikan yang akan ditunaikan kepada semua yang memuja Tuhan.

Sekian!

2 comments:

Anonymous said...

I cannot believe you can still remember so much Malay. I can read and understand fine, but trying to come up with the words on the spot is now getting more difficult.

Anonymous said...

wahh..for 8 yrs you left "malaysia tercinta"...you can still fluently in malay...suprises me!:)