Wah! Sudah lama saya tidak menulis dalam Bahasa Melayu. Rindu jugalah!
Hari ini bukan cerita atau tentang ubat atau farmasi, hari ini saya ingin menulis apa-apa sahaja.
Tidak tahu- mungkin tatabahasa saya semakin buruk, walaubagaimanapun saya akan berusaha dan bercuba menulis sebaik yang saya dapat.
Saya sangat rindu akan Negara dan kawan-kawan di Negara. Sejak kebelakangan ini, saya 'berjumpa' dengan banyak rakan-rakan dari sekolah rendah dan menengah rendah di Facebook dan ini menyebabkan saya berfikir tentang kehidupan saya yang lepas. Ada masa yang seronok, ada yang tidak. Alangkah baiknya jikalau masa dapat dibalikkan! Hilanglah segala risau dan kedukaan. Ini tidak bermaksud kehidupan saya amat duka, tapi saya ingat pada suatu ketika saya lebih gembira sebab ada banyak perkara yang saya belum faham. Semua orang akan membesar, kan? Jadi, ini hanya cakap kosong, hanya memberi isi kepada blog ini.
Pemuda-pemudi masa kini telah berubah. Saya belum ada masa untuk berfikir perkataan yang sesuai untuk mendefinasikan perbuatan dan perkara kanak-kanak di tempat ini, mungkin suatu hari saya akan duduk berlama-lama dan berfikir baik-baik.
Kadang-kadang saya bertanya, "mengapa?" tetapi saya sedar bahawa saya sedang bercakap kosong...bercakap dengan diri sendiri. Tak ada orang yang akan mendengar soalan sebegitu! Baik sahaja diam dan berubah pemikiran sendiri, kan?
Sampai di sini sahajalah. Saya jarang dapat membaca Blog dalam Bahasa Melayu, dan tidak tahu dirasuk apa hari ini saya sangat ingin menulis dalam Bahasa Melayu! Ampun maaf kepada rakan-rakan yang tidak faham blog ini. Jangan risau, bukannya sangat penting :)
Okey sekarang saya dapat tidur. Saya telah mencapai gol untuk hari ini! Yay....! Esok adalah hari yang baru dan saya kena bangun awal untuk bersiap sedia untuk pergi bekerja. Aduh..kerja lagi! Tahukah kelmarin ada orang mencuri barang dari tempat kerja saya! Saya tidak berdaya untuk menyuruh mereka pergi, kerana ada tiga orang dan mereka semua berbau alkohol. ErH! Buat saya marah sahaja.
Tak apalah, saya hanya dapat membuat setakat yang saya dapat. Yang lain, saya percayai Tuhan akan memberi.
Sekian!
No comments:
Post a Comment